Saturday, November 9, 2013

jangan

jika mereka membencimu
jangan kau balas dengan kebencian
kerana yang kau dapat hanya kesakitan
tapi kau balas dengan kebaikan

jika engkau membenci
jangan terlalu
hingga kau lupa
Allah maha memberi rahmat
sedangkan Allah ada kemaafan untuk hambaNya
apakah kita yang pendosa ini
tiada kemaafan
sesama kita

maafkan jika kau terluka
mohon kemaafan jika kau melukai
segera
kerana hidup tidak lama
mungkin esok
sudah tiada

fedhuha's

Saturday, October 19, 2013

abah cakap
jangan risau kalau tak dapat telefon abah sebelum exam
kenapa ? soal aku
penuh tanda tanya

sebab

sifat ibu bapa itu
sememangnya mendoakan anak-anaknya
bukan doa semasa exam sahaja
kena ingat.
tak tahu la pulak
kalau
anak-anak cuma ingat ibu bapa 
masa exam saja

diam.
bisu sekejap.
krik krik krik.

itu kena tepuk dada tanya iman tue.
abah sambung lagi.

Krik krik krik.

Friday, October 18, 2013

more the fight
more the hate
more the love

teori aku
nampak disitu keteraburan BI aku.
just let it be.

keep calm.

sayonara.

_the fed's_

Thursday, May 16, 2013

GLIMPSE #creep#D's life

Suasana gelak tawa dalam kereta memecah sunyi dari tadi. Pelbagai kisah yang dibualkan. Aku? Duduk diam melemparkan pandangan ke luar kereta. Ingin bercerita ? kisah aku tidak semenarik mereka. Mengarut ? cerita itu yang aku banyak. Duduk diam diam sudah. Buat sikap lama , tarik earphone keluar dari beg sumbat ke telinga. Pandangan terus dilemparkan ke tepi tingkap. Kepala disandarkan ke tingkap. Heh. Hobi yang sudah jadi habit. Lagu creep- radiohead mengalunkan rentak.
But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here
Owh i see . i dont belong here. Heh. True. I’am a creep. Plus also a weirdo. Volume dikuatkan lagi. Biar dalam dunia sendiri. Melihat aksi kak leeya bercerita tanpa suara lucu juga. Abang lan membalas apa yang diperkatakan oleh kak leeya. Sama juga tanpa suara. Hanya alunan lagu creep sahaja kedengaran. Dari lagu creep bertukar ke lagu-lagu yang lain dan seterusnya.
Oit cik adik. Kau dengar tak apa abang cakap nie. Dok headbanging dari tadi , orang dah melaung , menjerit segala bagai kat sini tak kau hirau.
Earphone ditanggalkan cepat. Abang lan kalau bab dia cakap orang tak bagi tumpuan memang wassalam la jawabnya. Boleh bernanah telinga dengar ceramah tanpa tajuk khusus mahupun am dia tue.
Orang dengar la. Bukannya tak dengar
Oik menjawab. Cuba cerita kat aku apa yang kau dengar ? volume sekuat badang boleh lagi dengar.
Heh. Mana ada volume sekuat badang. Suka hati dia rosakkan bahasa. Kompem tak boleh jadi guru bahasa melayu.
Oi Berangan . mengkhayal .
Hehe . jangan mara la bro . small matter la .
Apa bro-bro. Jangan nak buat kamceng2 dengan aku. Den tak sudi. Huh
Cit . i lagi tak sudi.
Lagu apa kau dengar tadi ? lembut pulak suara abang lan nie.
Creep-radiohead
Dah dengar choir version punya ?
-_-  . Heh . dia. Pun. Sama.

Minat itu merapatkan. Walau berbeza bangsa , keturunan , bahasa tapi kalau minat sama , jurang perbezaan itu dapat diatasi. Cuma kak leeya cakap minatlah dengan sesuatu yang dapat merapatkan kita kepada PENCIPTA. Kena ingat. heh

#quotefortoday #dhuha #life

Thursday, May 2, 2013

kenangan

Aku datang dengan hati kosong , minda pun ikut kosong
Apa perlu aku lakukan?
Apa yang perlu aku tuliskan? Bermain di fikiran.
Datang awal tapi sekolah ini pula berganda awal dari sekolah biasa
Rupanya sekolah cemerlang . lambatnya aku tahu

Datang 6.40 am . tapi dah kira lambat
Sebab semua orang sudah pergi berhimpun.
Malu ? sudah tentu.
Perangai ? masih lagi seperti dulu. Menolak-nolak badan kawan menyuruh dia pergi dahulu. Nanti aku menyusul. Masih tidak punya keberaniaan. #sigh

Nasib baik ustaz itu membantu. Kerana tahu kami masih baru. Ustaz senior, sebab luarannya sudah menunjukkan dia seorang ustaz. Kan memang begitu penilaian masa kini. Lihat pada luaran, label kerana pakaian. Aku pun kadang-kadang begitu. #sigh

Diberikan pula tempat duduk. Dilayan pula dengan elok. Malu ? sudah tentu bertambah. Terima kasih ustaz. Jasamu dikenang , dingat ? semestinya selalu.
Duduk pula bertentangan murid. Bermacam ragam , bermacam renungan.
Guru baru kah itu ? guru ganti kah itu ? pelajar baru ka itu (huh ? ). bermacam persoalan yang ku dengar. Dalam diam aku ketawa. Dalam hati cuma.

Aku diam. Tersenyum tidak kena, diam dengan muka serius juga tidak kena. Ah. Aku tidak biasa.
Melihat kawan disebelah juga diam seribu bahasa, melihat guru yang lain memandang buat diri semakin tidak kena. Oh. Aku tahu aku terlewat. Tapi esok in shaa Allah aku awal:P

Aku mencari-cari kelibat guru besar. Mana gerangannya.
Pengacara menjemput guru besar berucap. Ah. Masaku tepat. Baru ditanya, sudah muncul.
Rupanya dia seorang yang hebat. Guru cemerlang itu gelaran. Ah. Semakin kalut aku. Guru cemerlang, disiplin selalu tinggi. Harap dia tidak marah dengan kelewatanku.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu , selalunya ada sesi perkenalkan diri bagi guru baru. Ah. Semakin resah aku. Janganlah. Aku tidak bersedia.  Apa yang patut aku beritahu. Umurku ? namaku ? atau statusku ? gelak sendiri dengan soalan terakhir . mahu apa aku beritahu status . pelajarnya juga masih bawah umur. Mahu cipta hubungan kakak-adik apa . atau noona dongsaeng seperti drama-drama korea ? berangan.

Akhirnya , habis sudah ucapannya. Nasib baik tidak dipanggil perkenalkan diri. Rasa lega ? tentulah. Ah. Banyak kenangan yang dikenangkan. Hari pertama saja sudah banyak yang aku coretkan. Kata mereka, biarkan kenangan menjadi kenangan. Tapi aku perlu coretkan kenangan, kerana aku tidak mahu kenangan mati diltelan zaman. kerana aku selalunya terlupa.

ah. kenangan.

Tuesday, April 16, 2013

kosong dan sepi. 
aku punya teman . 
nasihatnya memang selalu buat aku terfikir . 
High order thinking kata mereka. 
untuk menerangkan serta menjelaskan . 
tapi bagi aku itu menyedarkan . 
aku sering kalah pada bicaranya .
bicara dia punya gaya sendiri . 
kata-kata dia tusukannya tajam. 
kadangkala menikam. 
 aku terdiam , jika dia melontar bicara , apabila dia menyusun kata. 
dia kata biar aku bacakan kau 1 puisi or madah pujangga or apa2 jakla:
kita nak pergi mekah , tapi mengapa guna jalan ke Turki .
sudah ada jalan yang terus mengapa mengambil laluan yang lain . 
begitulah kehidupan . 
sudah ada jalan yang betul menuju DIA , mengapa jalan yang melencong dahulu ditempuh untuk sampai kepadaNYA. 
teruskan perjalanan yang betul . 
jangan sampai niat untuk menuju kepadaNYA engkau cemari hanya kerana menghalalkan cara yang tidak betul dalam perjalananmu. 
dan sememangnya kata-katanya penuh bisa. 
dia tidak menyalahkan tetapi menyedarkan dengan membuat aku memikirkan, 
apa itu erti kehidupan. 

#nasihatdarioppositegenderkadang2terlalumenikam
#sedardantersedarituperkarayangberbeza

Saturday, April 13, 2013

hardcore sinners

Your heart has hardened denser than a rock?
Even a rock can be carved by rain drops.

Your sins are too expensive for Allah to bear?
Verily, hope is always there.

Afraid that Allah will never accept your repentance?
Believe that Allah is full of acceptance.

The shining sun will only fade away on the day of Judgment,
repent now to avoid His punishment.

We are all hardcore sinners,
let us repent and we will be the winners.

by :
Ameen Misran
'Abdul Muhaimin Bin Misran. 

Tuesday, April 9, 2013

Pesan orang 'alim

7 perkara yg memberi cahaya kpd hati:

1. Ikhlas dalam ibadah, 
2. Berbakti kpd ibubapa, 
3. Menjalin silaturrahim, 
4. Elakkan diri daripada maksiat, 
5. Tidak menurut hawa nafsu, 
6. Bersungguh sungguh dalam berbuat taat, 
7. Memperbanyakkan zikrullah. 

Mari kita doa mendoakan & berusaha agar kita semua dapat menerangkan hati kita & mendapat redha Allah. 

by :
( Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah )

Monday, April 8, 2013

hikmah

siapa aku masa lalu
siapa kamu masa kini
apapun kekurangan kamu
apapun kelebihan aku
kita hanya manusia biasa
yang tak pernah lari dari dosa

hidup ini banyak putarannya
kadangkala kamu menjadi seperti aku pada masa lalu
kadangkala aku menjadi seperti kamu pada masa kini
dosa dan pahala dipandang hanya sebelah mata
nasihat hanya didengar cuma
kesan kepada diri entah kemana jadinya
amal hanya dibibir saja

begitu aku begini kamu
tapi DIA tetap bersama
teruk aku teruk kamu
DIA setia memaafkan kita

kerana DIA tahu
siapapun kita masa lalu
sentiasa ada pengampunan buat kita
siapapun kita masa lalu
tidak memungkinkan kita begitu masa kini
berdoalah , berusahalah selagi pintu taubat masih terbuka
jangan tunggu sehingga matahari terbit dari sana
jangan sampai kita dah hilang segalanya
dan jangan sampai tersedar di penghujung nyawa .

#DIAtemukankitatanpakitapinta,
percayalahdisituterletakhikmahnya,
yakinlahhikmahituyangterbaikbuatkita.
in shaa ALLAH

Thursday, March 28, 2013

hidupla dengan sebenar-benar hidup
hidup bukan untuk menjadi bebanan
bukan juga untuk memenuhkan ruang
hiduplah dengan atas nama tuhan
yang mencipta juga menjadikan

#ampunkan aku wahai tuhan
menzalimi diriku sudah menjadi 1 kesalahan
apatah lagi menderhakaimu

#jalan kembali kepadamu telah ku temui
namun kaki bagai terjerat dalam kuatnya gari
ku pulang kepadamu ,
namun aku kembali membelakangi
tertanya aku kepada diri
sampai bila seperti ini
terkaku aku dalam terkedu
terdiam aku tanpa bicara
terduduk tanpa sepatah kata
atau
adakah sehingga malaikat mencabut nyawa ?

Monday, February 18, 2013

cerita tanpa tajuk 3

2 3 ari lepas kejadian fast and furius 2 gua memberanikan diri bertanya dengan ND . kenapa dia diam je walaupun dia tengah panas dengan pemandu berkacamata rayban 2 . tengok aku . aku panas aku luahkan taw . ahaha . dengan selamba yaya dia jawab ,

ND :  aku sakit hati dengan orang tue dah satu hal , aku maki hamun, kritik dia dah dua hal , habis dosa aku yang dah berhal-hal nie sape nak jawab , baik diam . tak apalah kalau dosa tue boleh transfer kat orang lain .

Pelepuk ! (lupakan bunyi sebenar tamparan , kita buat bunyi yang baru . huahaha ) macam rasa ditampar secara halus pun ada gak . tapi lebih kepada tamparan kepada jiwa sakitnya nie . aih ND nie cubalah cakap benda yang tak boleh buat aku terasa . tahulah aku selalu marah-marah dengan orang yang tak ada salah pun dengan aku kat tepi jalan tue . ops . habit aku yang susah aku nak ubah. Mengkritik orang kat tepi-tepi  jalan semasa sedang memandu . masalah kecil pun aku boleh kritik tapi kebanyakkannya memang kritik tak membina pun. Macam hari tue aku kritik seorang budak lelaki and perempuan (sekolah menengah ) berjalan berpegangan tangan sambil lalalalalala bernyanyi suka ria walaupun aku tak dengar pun dorang nyanyi . aku cakapla dengan ND yang nie lah masalah nie , couple merata-rata . tak ada keja lain lagi , menghabiskan duit mak bapak je antar pegi sekolah , bla bla  bla bla . ND diam je dengar sebab tahu kalau aku bercakap memang tak berhenti selagi apa yang aku nak sampaikan tue belum habis . dah habis aku meluahkan kata-kata ,ND cakap sambil senyum , 
ND : tue anak pak cik i , dorang memang rapat yang teramat . 

Pak pak pak pak ! owh . tampar diri sendiri . hah ! nie lah padah nie . kata2 didahulukan , berfikir kemudian . nie lah akibatnya . termalu sendiri sambil tersengih tawar tengok c ND . nasib baik ND nie okay . maka bermulalah tazkirah gaya bebas ND kepada aku .

ND : walaupun gua rasa gua nie tak adalah nak sampai peringkat muslimah or insan yang tahu betul dengan bab2 agama nie tapi gua rasa tak salah gua cakap dengan lu benda nie . cuba lu tengok kat luar sana , banyak orang baik-baik belaka . cakap baik . akhlak baik . tutur kata baik . tapi bab yang nampak orang kat tepi-tepi jalan nie , lu perasan tak lebih banyak orang bercakap , amboi seksinya perempuan tue mesti dia tue bla bla bla , hah nie lepak la kejanya nie ponteng skola bla bla bla , and banyak lagi cakap2 yang buruk dengan orang yang kita nampak sepanjang perjalanan tue dari cakap yang baik or yang cuma diam , maybe ? akhlak tue bukan semasa bercakap dengan orang je or dengan orang tua , perkataan , perbuatan tapi akhlak itu dimana2 . even nak sikat rambut pun kita kena berakhlak , senang cerita benda yang kita anggap kecil pun akhlak tue kena ada . walaupun orang tak nampak kita kena berakhlak . setakat nie lu paham tak apa yang gua hendak sampaikan nie , ataupun keROCKan gua masih kurang ? lu jangan anggap gua cakap kat lu nie sebab anggap diri gua lagi baik dari lu . takkkk .  lu lagi baik dari gua tapi tak salah rasanya kita nak jadi baik sama2 kan . syurga tue bukan untuk seorang saja kot . lu tak puas hati dengan gua lu cakap , jangan pulak belakang2 gua lu kutuk. Gua rela lu kutuk gua depan2 supaya senang gua nak tahu dosa gua sama lu . gua nak minta maaf awal2 , gua tak nak ada masalah dengan manusia nie . dosa dengan Allah , minta Allah ampunkan . taubat . tapi dosa dengan manusia , susah . kita minta maaf belum tentu orang maafkan . orang yang kita maki hamun kat tepi jalan belum tentu kita dapat jumpa dorang balik nak minta maaf kan . kalau tak jumpa ?  dah berdosa dengan dorang , berterusan. maafkan salah silap pertuturan gua . ada terlebih dalam bicara , harap maafkan . kerana gua juga insan biasa yang juga dalam proses belajar.

Dan hari tue adalah hari menyedarkan aku yang aku rasakan benda tue kecil tapi kesannya besar . aku rasa nak nangis pun ada namun dek kerana risau zaman kejatuhan keMACHOan aku mungkin akan berlaku, maka aku pura2 mengatakan yang habuk didalam bilik kami semakin tebal walaupun hakikatnya bilik itu bersih . menyembunyikan air mata dengan manusia itu tidak apa , tapi dihadapan DIA mampukah air matamu disembunyikan ? Ya Allah , terima kasih kerana mempertemukan aku dengan gadis luar alam ini . 

Thursday, February 14, 2013

jodohku di petronas ?

Kawan : Isi minyak kejap , dah nak abis minyak da keta nie .
Goomick : Okeyh.
Kawan : Oik . aku tak campin bab2 isi minyak . kang tak pasal2 ada keta yang mandi minyak nie . tolong la aku weh .
Goomick : Ahh kau nie . aku kan pemandu , bagi la aku rasa macam ada assistant kejap. Takpala , biar aku isi . ko duk dalam je .
Kawan : Haa. Camtu la . oik . sopan2 sikit isi minyak tue . mak cik and pak cik sebelah dr  tadi tengok senyum2 je . nak jadikan ko menantu agaknya . haha
Goomick : *senyumpura2malu . mungkinla . manataw jodohku di petronas . ahaha
                 Mak cik , pak cik selamat mengisi minyak         #menegurpakcik&makcikitubuatmacamgengsambilmengangkattangankananstylebeliau

Pak cik : #sambilmembalaskembalilambaiantangansuaranyadikuatkan.
               ..... dik. Ada lesen x ? hahaha

Goomick :  -,- . Pak cik saya dah 20+....................bukan.................... pemandu bawah umur .-,- (nienakmalukesedihnie.konpius.lalumembawadiri)

#salahpahamituselalu , tetapijanganterlalu . sedang2cukuplah . :)

Sunday, February 3, 2013

the last RUNGUTAN ?

Dalam perjalanan menuju ke bank , tak putus-putus timah merungut. Lambatnya masuk duit , ayah dan mak tak kirim duit lagi. Nak makan apa nie kalau duit takda. Ohohoiii. Duit timah dah nak habis oii , tulunggg ler timah. Pokai dah nie. Dan timah meneruskan lagi rungutan semaksimanya. Maka keluar segala nama kawan-kawanya yang telah diberikan duit ole ibu bapa mereka. Oii c jemah tue tiap bulan bapanya kirim duit . c Jodi tue bla bla bla. Cuma aku je nie. Hailaaa… dengan menanti penuh sabar didepan mesin atm , fikirannya menerawang memikirkan masalah kewangannya yg tak punya penyelesaian. Sejurus mengeluarkan rm50 drpd rm120 baki duit di dalam bank, tiba-tiba timah disapa oleh seorang mak cik bersama anak gadisnya yang timah rasakan masih bersekolah rendah.
timah : ye ada apa mak cik ?
makcik : dik , boleh tolong mak cik ? tak reti nak bagi keluar duit .
timah : owh . bole je . sini saya tolong . kad n numb pin mak cik.
Maka , bermulalah adegan timah menekan nombor dengan gaya bebasnya . matanya mengerling kea rah anak gadis mak cik itu . mata mereka bertentang , timah senyum gadis itu membalasnya. Owh. Agak jiwang pulak.
Mak cik : dik , tolong tengok baki ye . ^_^
Timah : ai ai mak cik.
Tengah mengeCHECK , terpaparlah baki duit dalam akaun mak cik tue . Rm10.00 ! timah diam . nak cakap apa ya .
Timah : erm . mak cik , rm10 .
Maka , terhapuslah senyuman mak cik yang manis itu . lama matanya merenung lantai. Namun , secara tiba-tiba senyumannya mekar semula sambil merenung anak gadisnya.
Mak cik : kakak , mak minta maaf , mak tak tahu pulak dah takda duit dalam bank. Kaka perlu sangat ke ?
Anak gadis mak cik : erm . mak takyahlah sedih , kaka tak kesah pun . nanti2 pun akak bole bayar yuran tue . janganla buat muka sedih. Bersalah kaka rasa. Senyum makkkk . senyuman mak dan ayah tue lagi penting untuk buat kaka rasa hidup . kalau takda duit akak still bole hidup apa .
Mak cik : time kasih kak , sbb memahami. Tapi mak masih rasa bsalah dengan kaka .
Anak gadis mak cik : ee .. jgn ckp macam tue mak . dah banyak mak bagi kaka , jangan rasa bersalah.
Mak cik : time kasih nak tolong mak cik. Mak cik jalan dulu.
-,-…. Terkedu melihat drama tanpa tajuk khusus mahupun pelakon  popular untuk menyentap dan mengetuk pintu serta bilik hati timah. Dan bertukarlah rungutan kepada muhasabah. Sepanjang perjalanan pulang , pandangan timah dilemparkan ke luar jendela. Dan betullah , JANGANLAH KERANA APA YANG KITA TIDAK ADA , MENYEBABKAN KITA LUPA BERSYUKUR UNTUK APA YANG KITA ADA. JANGAN SAMPAI APA YANG KITA TIDAK ADA MENGHALANG KITA MENGHARGAI APA YANG KITA ADA.
Ikhlasly,
timahtimeh

Tuesday, January 22, 2013

cerita tanpa tajuk 1

Kadang2 ND nie pelik sikit perangai dy . Aku ingat lg tym tue , ND ajak aku pegi beli barang makan kat kedai . So , aku pun ikutlah . Memandangkan aku ada kereta ( kereta kancil je okay , tp aku dah modified sikit la ) , so , aku bawa lah kereta aku . Tp ND yang pandu . Lagipun , ND macam lagi berhemah sikit dari aku. Time kat jalan raya tue tiba-tiba pulak ada kereta toyota vios yang dah kena modified nie gila punya laju memotong kereta kami . Melatah aku tak usah cakap la. Segala benda yang tak bersalah pun aku sebut . Yang aku hairan ND boleh pulak buat muka no feeling + no riak dia tue . Tapi aku silap besar la anggap ND takda feeling pasal kereta tue . Lepas kereta tue potong kami , ND punya muka dah macam apa ntah . macam nak tukar jadi super saiya pun ada jugak. Laju pulak tangan dia tue tukar gear. Seperti tahu apa yang bakal terjadi , aku dah pegang kerusi kuat2. Takut aku dengan c ND nie . Maka berlakulah filem Fast and Furious tanpa pengarah mahupun penerbit di jalan raya yang tak bersalah ini. Aku tak sangka orang macam ND nie jenis macam tue. Laju betul dia bawa , macam dah bukan anak dara yang bawa kereta. Nak terbabas tue tak usah tanya berapa kali . aku mampu tutup mata je. Masa tengah potong kereta vios tue dapat jugak la aku tengok pemandu dia . Fuhh . artis mana pulak nie . berkacamata rayban pulak tue . Tahu pula aku jenama kacamata dia tue kan . Tajam pulak mata aku tengok benda mahal-mahal nie. Dengan skill dan keazaman yang tinggi c ND nie maka dapatlah kami memotong dan meninggalkan kereta tue agak jauh ke belakang. Nak dijadikan cerita, semasa kami nak parking kereta, kereta yang kalah dengan kereta kancilku ini , parking pulak kat sebelah pemandu. Kat sebelah ND la , bukan tempat aku. Mungkin lelaki berkacamata rayban tue nak buat perhitungan semula. Dengan muka tak puas hati , lelaki tue dah tunggu kat luar sambil menyandar kat pintu sebelah pemandu keretanya sambil menyilangkan kaki beliau(ayat skema) which is dekat dengan pintu ND. Nasib baiklah kereta aku tinted. Takdalah lelaki tue tahu yang dia sebok lawan racing tue , ND/perempuan . ND ambil kertas dalam beg dia and tulis sesuatu. Lepas tue dia suruh aku keluar dulu , mungkin lelaki tue akan anggap aku kekasih orang yang tengah memandu nie , walaupun kenyataannya ND si gadis luar alam nie yang bawa laju tadi. Time aku keluar , muka lelaki tadi masih relax , macam takda apa2 berlaku. Aku pun jalan la nak pergi tempat ND. The best part , time ND buka pintu and keluar, jatuh rahang lelaki tue tengok. Muka dia merah jambu semacam je. Telinga tak payah cakap. Dah macam kena goreng dah. Aku nak gelak tak boleh pulak bila tengok ND buat muka no riak dia tue. Dalam hati je lah aku dapat ketawa . Tak ketentuan aku tengok lelaki tue. ND pun apa lagi , selamba yaya je lekat kertas yang dia tulis tadi. Sebelum nak masuk kedai , aku sempat jugak tengok apa yang ND tulis. Gelak tak henti aku tengok kertas tue . So budak-budak la ND. ND tulis, kancil VS Toyota VIOS = kancil. Tapi yang lawaknya sempat pulak dia lukis. Bukan kereta kancil yang dia lukis tapi sang kancil tue. And , masa tue aku yakin yang ND memang gagal seni melukis dulu. Kancil dah bukan macam kancil dah. Lelaki tue pulak diam seribu bahasa , malu kot . Dengan awek kot dia kalah. Berjubah pulak tue. HAHA .
To be continue.

Thursday, January 17, 2013

cerita tanpa tajuk

nd . fullname nur dhuha ismail. itulah nama roomate aku kat sini . budak yang agak pendiam , misteri tahap agak kritikal kot . budak yang aku dapat rasa aura dia sentiasa ada walaupun dia bukanlah dari geng budak-budak hot terbakar yang ada kat sini. walaupun muka dia taklah sehot CRYSTAL budak blok A ataupun TRISYA LEE budak kacukan belanda cina bilik sebelah , tapi keCALMan dia tue ,gua cakap sama lue tenanggg habisss derr . first time aku dapat tahu aku sebilik dengan dia , jiwa dan raga aku bagai nak jatuh beb . minah tudung labuh tuee . aku nie dengan dia bagai langit dengan bumi aku rasa . mana nak serasi ! petang aku pergi main skate , dia pula pergi usrah . entah menatang apa usrah tue aku pun tak tahu . malam aku pergi jamming dengan band aku , dia pulak pergi masjid , ada qiamulail. memang aku dengan dia nie tak bersatu pada jiwa . pada cara pemakaian apatah lagi . aku guna jeans ketat melekat , dia guna tracksuit xxl . aku guna calvin klein , dia guna baju cincai cap ayam redah apa yang ada asal besar dan selesa katanya. tapi yang sama , kitaorang guna sneakers . first time aku nampak dia , nak terjatuh rahang pun ada gak . tak berkelip mata aku nampak gadis kecil molek tue time tengah angkat barang dia nak pergi bilik kitaorang . jubah coklat + tudung labuh krim + kasut converse = sempoi + slumber + wowww . tokojut den . gelak tak henti gua tengok dia . nasib baik dia jenis cool + tak ambil hati punya orang . maunya gua kena pelempang atau makan kaki tak pasal-pasal ketawakan orang , baru jumpa pulak tue . rasanya aku tak pernah tanya pasal diri dia . mak bapak dia kerja apa , adik beradik dia berapa , dia suka tak sebilik dengan aku , tak pernah aku tanya benda kecik (?) nie dengan dia . aku jenis buat kerja aku sendiri . nasib baiklah dia bukan jenis menyibuk jaga tepi kain bawah atau atas kain. tapi takdalah sampai tak ambil peduli langsung tentang aku yang agak manis nie .

  to be continue. 