Saturday, November 9, 2013

jangan

jika mereka membencimu
jangan kau balas dengan kebencian
kerana yang kau dapat hanya kesakitan
tapi kau balas dengan kebaikan

jika engkau membenci
jangan terlalu
hingga kau lupa
Allah maha memberi rahmat
sedangkan Allah ada kemaafan untuk hambaNya
apakah kita yang pendosa ini
tiada kemaafan
sesama kita

maafkan jika kau terluka
mohon kemaafan jika kau melukai
segera
kerana hidup tidak lama
mungkin esok
sudah tiada

fedhuha's

Saturday, October 19, 2013

abah cakap
jangan risau kalau tak dapat telefon abah sebelum exam
kenapa ? soal aku
penuh tanda tanya

sebab

sifat ibu bapa itu
sememangnya mendoakan anak-anaknya
bukan doa semasa exam sahaja
kena ingat.
tak tahu la pulak
kalau
anak-anak cuma ingat ibu bapa 
masa exam saja

diam.
bisu sekejap.
krik krik krik.

itu kena tepuk dada tanya iman tue.
abah sambung lagi.

Krik krik krik.

Friday, October 18, 2013

more the fight
more the hate
more the love

teori aku
nampak disitu keteraburan BI aku.
just let it be.

keep calm.

sayonara.

_the fed's_

Thursday, May 16, 2013

GLIMPSE #creep#D's life

Suasana gelak tawa dalam kereta memecah sunyi dari tadi. Pelbagai kisah yang dibualkan. Aku? Duduk diam melemparkan pandangan ke luar kereta. Ingin bercerita ? kisah aku tidak semenarik mereka. Mengarut ? cerita itu yang aku banyak. Duduk diam diam sudah. Buat sikap lama , tarik earphone keluar dari beg sumbat ke telinga. Pandangan terus dilemparkan ke tepi tingkap. Kepala disandarkan ke tingkap. Heh. Hobi yang sudah jadi habit. Lagu creep- radiohead mengalunkan rentak.
But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here
Owh i see . i dont belong here. Heh. True. I’am a creep. Plus also a weirdo. Volume dikuatkan lagi. Biar dalam dunia sendiri. Melihat aksi kak leeya bercerita tanpa suara lucu juga. Abang lan membalas apa yang diperkatakan oleh kak leeya. Sama juga tanpa suara. Hanya alunan lagu creep sahaja kedengaran. Dari lagu creep bertukar ke lagu-lagu yang lain dan seterusnya.
Oit cik adik. Kau dengar tak apa abang cakap nie. Dok headbanging dari tadi , orang dah melaung , menjerit segala bagai kat sini tak kau hirau.
Earphone ditanggalkan cepat. Abang lan kalau bab dia cakap orang tak bagi tumpuan memang wassalam la jawabnya. Boleh bernanah telinga dengar ceramah tanpa tajuk khusus mahupun am dia tue.
Orang dengar la. Bukannya tak dengar
Oik menjawab. Cuba cerita kat aku apa yang kau dengar ? volume sekuat badang boleh lagi dengar.
Heh. Mana ada volume sekuat badang. Suka hati dia rosakkan bahasa. Kompem tak boleh jadi guru bahasa melayu.
Oi Berangan . mengkhayal .
Hehe . jangan mara la bro . small matter la .
Apa bro-bro. Jangan nak buat kamceng2 dengan aku. Den tak sudi. Huh
Cit . i lagi tak sudi.
Lagu apa kau dengar tadi ? lembut pulak suara abang lan nie.
Creep-radiohead
Dah dengar choir version punya ?
-_-  . Heh . dia. Pun. Sama.

Minat itu merapatkan. Walau berbeza bangsa , keturunan , bahasa tapi kalau minat sama , jurang perbezaan itu dapat diatasi. Cuma kak leeya cakap minatlah dengan sesuatu yang dapat merapatkan kita kepada PENCIPTA. Kena ingat. heh

#quotefortoday #dhuha #life

Thursday, May 2, 2013

kenangan

Aku datang dengan hati kosong , minda pun ikut kosong
Apa perlu aku lakukan?
Apa yang perlu aku tuliskan? Bermain di fikiran.
Datang awal tapi sekolah ini pula berganda awal dari sekolah biasa
Rupanya sekolah cemerlang . lambatnya aku tahu

Datang 6.40 am . tapi dah kira lambat
Sebab semua orang sudah pergi berhimpun.
Malu ? sudah tentu.
Perangai ? masih lagi seperti dulu. Menolak-nolak badan kawan menyuruh dia pergi dahulu. Nanti aku menyusul. Masih tidak punya keberaniaan. #sigh

Nasib baik ustaz itu membantu. Kerana tahu kami masih baru. Ustaz senior, sebab luarannya sudah menunjukkan dia seorang ustaz. Kan memang begitu penilaian masa kini. Lihat pada luaran, label kerana pakaian. Aku pun kadang-kadang begitu. #sigh

Diberikan pula tempat duduk. Dilayan pula dengan elok. Malu ? sudah tentu bertambah. Terima kasih ustaz. Jasamu dikenang , dingat ? semestinya selalu.
Duduk pula bertentangan murid. Bermacam ragam , bermacam renungan.
Guru baru kah itu ? guru ganti kah itu ? pelajar baru ka itu (huh ? ). bermacam persoalan yang ku dengar. Dalam diam aku ketawa. Dalam hati cuma.

Aku diam. Tersenyum tidak kena, diam dengan muka serius juga tidak kena. Ah. Aku tidak biasa.
Melihat kawan disebelah juga diam seribu bahasa, melihat guru yang lain memandang buat diri semakin tidak kena. Oh. Aku tahu aku terlewat. Tapi esok in shaa Allah aku awal:P

Aku mencari-cari kelibat guru besar. Mana gerangannya.
Pengacara menjemput guru besar berucap. Ah. Masaku tepat. Baru ditanya, sudah muncul.
Rupanya dia seorang yang hebat. Guru cemerlang itu gelaran. Ah. Semakin kalut aku. Guru cemerlang, disiplin selalu tinggi. Harap dia tidak marah dengan kelewatanku.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu , selalunya ada sesi perkenalkan diri bagi guru baru. Ah. Semakin resah aku. Janganlah. Aku tidak bersedia.  Apa yang patut aku beritahu. Umurku ? namaku ? atau statusku ? gelak sendiri dengan soalan terakhir . mahu apa aku beritahu status . pelajarnya juga masih bawah umur. Mahu cipta hubungan kakak-adik apa . atau noona dongsaeng seperti drama-drama korea ? berangan.

Akhirnya , habis sudah ucapannya. Nasib baik tidak dipanggil perkenalkan diri. Rasa lega ? tentulah. Ah. Banyak kenangan yang dikenangkan. Hari pertama saja sudah banyak yang aku coretkan. Kata mereka, biarkan kenangan menjadi kenangan. Tapi aku perlu coretkan kenangan, kerana aku tidak mahu kenangan mati diltelan zaman. kerana aku selalunya terlupa.

ah. kenangan.

Tuesday, April 16, 2013

kosong dan sepi. 
aku punya teman . 
nasihatnya memang selalu buat aku terfikir . 
High order thinking kata mereka. 
untuk menerangkan serta menjelaskan . 
tapi bagi aku itu menyedarkan . 
aku sering kalah pada bicaranya .
bicara dia punya gaya sendiri . 
kata-kata dia tusukannya tajam. 
kadangkala menikam. 
 aku terdiam , jika dia melontar bicara , apabila dia menyusun kata. 
dia kata biar aku bacakan kau 1 puisi or madah pujangga or apa2 jakla:
kita nak pergi mekah , tapi mengapa guna jalan ke Turki .
sudah ada jalan yang terus mengapa mengambil laluan yang lain . 
begitulah kehidupan . 
sudah ada jalan yang betul menuju DIA , mengapa jalan yang melencong dahulu ditempuh untuk sampai kepadaNYA. 
teruskan perjalanan yang betul . 
jangan sampai niat untuk menuju kepadaNYA engkau cemari hanya kerana menghalalkan cara yang tidak betul dalam perjalananmu. 
dan sememangnya kata-katanya penuh bisa. 
dia tidak menyalahkan tetapi menyedarkan dengan membuat aku memikirkan, 
apa itu erti kehidupan. 

#nasihatdarioppositegenderkadang2terlalumenikam
#sedardantersedarituperkarayangberbeza

Saturday, April 13, 2013

hardcore sinners

Your heart has hardened denser than a rock?
Even a rock can be carved by rain drops.

Your sins are too expensive for Allah to bear?
Verily, hope is always there.

Afraid that Allah will never accept your repentance?
Believe that Allah is full of acceptance.

The shining sun will only fade away on the day of Judgment,
repent now to avoid His punishment.

We are all hardcore sinners,
let us repent and we will be the winners.

by :
Ameen Misran
'Abdul Muhaimin Bin Misran. 