Thursday, May 2, 2013

kenangan

Aku datang dengan hati kosong , minda pun ikut kosong
Apa perlu aku lakukan?
Apa yang perlu aku tuliskan? Bermain di fikiran.
Datang awal tapi sekolah ini pula berganda awal dari sekolah biasa
Rupanya sekolah cemerlang . lambatnya aku tahu

Datang 6.40 am . tapi dah kira lambat
Sebab semua orang sudah pergi berhimpun.
Malu ? sudah tentu.
Perangai ? masih lagi seperti dulu. Menolak-nolak badan kawan menyuruh dia pergi dahulu. Nanti aku menyusul. Masih tidak punya keberaniaan. #sigh

Nasib baik ustaz itu membantu. Kerana tahu kami masih baru. Ustaz senior, sebab luarannya sudah menunjukkan dia seorang ustaz. Kan memang begitu penilaian masa kini. Lihat pada luaran, label kerana pakaian. Aku pun kadang-kadang begitu. #sigh

Diberikan pula tempat duduk. Dilayan pula dengan elok. Malu ? sudah tentu bertambah. Terima kasih ustaz. Jasamu dikenang , dingat ? semestinya selalu.
Duduk pula bertentangan murid. Bermacam ragam , bermacam renungan.
Guru baru kah itu ? guru ganti kah itu ? pelajar baru ka itu (huh ? ). bermacam persoalan yang ku dengar. Dalam diam aku ketawa. Dalam hati cuma.

Aku diam. Tersenyum tidak kena, diam dengan muka serius juga tidak kena. Ah. Aku tidak biasa.
Melihat kawan disebelah juga diam seribu bahasa, melihat guru yang lain memandang buat diri semakin tidak kena. Oh. Aku tahu aku terlewat. Tapi esok in shaa Allah aku awal:P

Aku mencari-cari kelibat guru besar. Mana gerangannya.
Pengacara menjemput guru besar berucap. Ah. Masaku tepat. Baru ditanya, sudah muncul.
Rupanya dia seorang yang hebat. Guru cemerlang itu gelaran. Ah. Semakin kalut aku. Guru cemerlang, disiplin selalu tinggi. Harap dia tidak marah dengan kelewatanku.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu , selalunya ada sesi perkenalkan diri bagi guru baru. Ah. Semakin resah aku. Janganlah. Aku tidak bersedia.  Apa yang patut aku beritahu. Umurku ? namaku ? atau statusku ? gelak sendiri dengan soalan terakhir . mahu apa aku beritahu status . pelajarnya juga masih bawah umur. Mahu cipta hubungan kakak-adik apa . atau noona dongsaeng seperti drama-drama korea ? berangan.

Akhirnya , habis sudah ucapannya. Nasib baik tidak dipanggil perkenalkan diri. Rasa lega ? tentulah. Ah. Banyak kenangan yang dikenangkan. Hari pertama saja sudah banyak yang aku coretkan. Kata mereka, biarkan kenangan menjadi kenangan. Tapi aku perlu coretkan kenangan, kerana aku tidak mahu kenangan mati diltelan zaman. kerana aku selalunya terlupa.

ah. kenangan.

No comments: